fbpx
  • +6013-9526200
  • support@servispro.my

    3 IDEA BEST UNTUK TUKANG DI WAKTU PKP

    PKP bakal dilanjutkan lg. Pastinya akan terus beri kesan kpd tukang-tukang & kontraktor kerana tempoh ini segala kerja fizikal sama sekali tidak dapat dilaksanakan. Tetapi, takkan kita nak biarkan masa berlalu sebegitu sahaja. Mesti ada sesuatu bermanfaat yang kita boleh buat untuk kesinambungan bisnes kita. Salah satunya ialah pemasaran/marketing. Hari ini kami nak kongsikan 3 idea mudah yang boleh anda lakukan untuk bisnes anda.

    Buat Blog

    • Menulis boleh membina kredibiliti anda. Siapa nak baca? Jangan tanya, tulis sahaja. Bina satu blog untuk bisnes jika belum ada.Boleh gunakan wordpress (wordpress.org) atau blogspot(blogspot.com) mudah sahaja. Nak tulis apa? Kongsilah pengalaman, tips dan perihal kerja bisnes anda. Letak gambar-gambar projek anda atau buat tutorial membaiki benda-benda mudah pun boleh. Tak semestinya promosi atau menjual. Dengan kongsi tips, anda akan dilihat sebagai pakar secara tak langsung ia juga bentuk promosi. Di Platform Servispro.my juga menyediakan platform untuk anda menulis. Anda boleh cuba platform ini jika tidak mahu pening dengan blogspot/wordpress. Login dan pergi ke dashboard blog anda untuk mula menulis.


    Buat Video

    • Zaman ni semua orang buat video dan kurang membaca. Jika anda berbakat, boleh buka channel youtube untuk periagaan anda. Sama juga dengan konsep blog, kongsikan apa saja bentuk ilmu yang menjadi kepakaran anda. Upload ke Youtube dan share ke FB page/group di lokasi anda. Ia boleh membantu anda membina jenama(branding) dan dikenali. Lebih kerap anda muatnaik video, lebih ramai orang kenali anda, lebih ramailah yang inginkan perkhidmatan.
    • Bagi yang ada FB, boleh juga post video-video kerja anda sambil berkongsi manfaat kepada orang awam.

    Kemaskini Data Pelanggan

    • Anda pasti telah banyak memberikan perkhidmatan. Apakata korek2 HP anda utk kumpulkan balik nama, no telefon, email pelanggan lama. Boleh catatkan dalam Excel atau gunakan Google Spreadsheet/Form yang PERCUMA (https://docs.google.com/spreadsheets ) - Boleh juga lihat tutorial di https://youtu.be/sJrVuArmU5U
    • Kenapa? Mencari pelanggan baru lebih susah berbanding mengekalkan pelanggan sediaada. Pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan anda sudah mempunyai trust/kepercayaan dan tidak susah untuk mereka repeat kembali. Mereka juga boleh recommend rakan mereka dengan lebih mudah, jika ingat pengalaman menggunakan khidmat anda yang awesome. Data yang dikumpul boleh digunakan untuk followup/iklan/whatsapp sekiranya mereka perlukan khidmat di masa akan datang.Bayang jika anda ada 1000 data di lokasi anda, apakah ia susah untuk buat next sale kepada pelanggan yang sama?

    Kuantan Renovation Wainscoting
    Kuantan Renovation Wainscoting Work

    Related Posts

     

    Comments

    No comments made yet. Be the first to submit a comment
    Already Registered? Login Here
    Guest
    Friday, 10 July 2020
    If you'd like to register, please fill in the username, password and name fields.

    By accepting you will be accessing a service provided by a third-party external to https://servispro.my/

    Blog
    Protips
     [ 1 ] Memaksimumkan Kecekapan Aircond ⚡Fungsi penapis udara dalam aircond adalah untuk menangkap habuk dan zarah asing lain dalam udara.Bila penapis udara tu kotor dan tak di...
    1173 Hits
    Blog
    ​Antara perkara yang penting dalam sesuatu perniagaan adalah pengurusan kewangan. Perancangan, aliran wang keluar masuk, bukti aliran keluar wang, semua ini perlu diambil kira sepa...
    832 Hits
    Blog
    Protips
    Salah satu alasan yang selalu kita dengar kenapa ramai daripada kita tidak ada budaya untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik adalah kerana "sibuk". Pengurus syarikat sibuk...
    491 Hits
    Blog
    Perniagaan
    Ekonomi Malaysia semakin mencabar, harga barang semakin mahal, kena cari pendapatan lebih untuk tampung ekonomi keluarga. Ramai mula ceburi bidang perniagaan kerana yakin dengan peluan...
    450 Hits
    Blog
    Perniagaan
    Keusahawanan pada hari ini bukanlah seperti mana yang kita tahu 10-20 tahun dulu. Ia telah berubah dengan sangat cepat,bersesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Jika dulu harg...
    330 Hits
    Already have an account?  Sign in. By signing up, signing in or continuing, I agree to Servispro's Terms of Use and Privacy Policy.
      
    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.