fbpx
  • +6013-9526200
  • support@servispro.my

    5 Idea Marketing untuk Tukang & Kontraktor

    Adakah anda tercari-cari idea untuk meluaskan marketing perniagaan anda?
    Kebanyakan orang akan menghadapi kesulitan bila memikirkan cara atau idea untuk membuat strategi pengiklanan bagi meningkatkan pelanggan mereka. Kebanyakkan kita sibuk melayan customer seharian dan ini menyebabkan mereka mempunyai sedikit masa atau tidak sempat untuk melakukan pemasaran.

    Tahukah, marketing atau pemasaran itu penting untuk sesuatu perniagaan? Orang perlu kenal dan tahu apa yang kita buat, jika tidak bagaimana nak kembangkan jumlah pelanggan? Kebanyakkan kita tidak sedar akan perkara ini sehinggalah mereka kurang pelanggan.

    KERANA ITU KAMI SENARAIKAN 5 IDEA PEMASARAN YANG EFEKTIK UNTUK PERNIAGAAN ANDA.

    1. CATAT RANCANGAN

    Setiap perkara yang hebat pasti bermula dengan perancangan. Pemasaran bukan perkara yang mudah, namun apabila kita ada strategi dan rancangan yang betul, kesemua proses ini akan dapat berjalan dengan begitu baik. Rancangan pemasaran yang tersusun baik dan dikemaskini dari masa ke semasa pasti akan menjadikan syarikat anda sentiasa di hadapan berbanding pesaing-pesaing lain di pasaran. Pemasaran hari ini bukan sekadar meletakkan iklan posting di FB, Yellow Pages atau membuat web semata-mata untuk mendapatkan pelanggan, ada lagi banyak lagi strategi dan teknik terkini yang boleh kita explore untuk menjadikan orang kenal kita.


    2. BINA & KEMASKINI WEB

    Ada website bukan sahaja dapat memudahkan pelanngan berjumpa dengan perkhidmatan anda, tetapi akan membuatkan mereka mengenali anda sebagai tukang yang boleh dipercayai dan professional. Cari pakar yang boleh membantu anda jika tak pandai untuk buat sendiri.

    Dalam website, letakkan segala maklumat berkaitan dengan perniagaan anda, portfolio, nombor untuk dihubungi, lokasi dan mungkin juga testimoni daripada pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan anda. Nyatakan juga pengalaman dan kepakaran yang anda ada, apa yang menyebabkan anda special dan unik, mungkin juga promosi dan cara kerja anda. Untuk dilihat sebagai pakar, anda kena menulis. Share/kongsikan tips berkaitan dengan kepakaran anda.Tak rugi pun, kongsi ilmu akan menyebabkan masyarakat kita lebih pandai dan bijak. Jadikan web anda sebagai satu tempat untuk pelanggan belajar sesuatu.

    Cuma ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui tentang website:

    1. Pastikan ia mobile responsive. Semua orang akses internet menggunakan telefon. Pastikan web anda cantik bila dilihat melalui phone.
    2. Cepat. Bila buka web, pastikan ia cepat. Orang tak suka lambat.
    3. No telefon anda diatas dan mudah dilihat. Pastikan mudah untuk pelanggan menekan nombor telefon anda.
    4. Minta web developer anda, fokuskan kepada SEO supaya web anda mudah dijumpai apabila dicari di internet.


    3. SENARAIKAN BISNES DI ONLINE

    Pastikan perniagaan anda tersenarai di online direktori yang popular seperti Yellow Pages, Yelp, Facebook dan juga web-web pengiklanan tempatan seperti Servispro. Ia adalah cara pengiklanan yang baik untuk perniagaan anda dikenali ramai orang.

    Satu tempat yang mesti adalah, pastikan ia tersenarai di Google My Business, ia adalah percuma. Manfaat yang lain bila bisnes anda disenaraikan online adalah, ia dapat membantu  boost ranking carian di Google ke tempat yang lebih tinggi dan mudah untuk dijumpai.

    4. BERGABUNG DENGAN BISNES YANG SAMA JENIS

    Anda boleh berkongsi kos iklan dengan perniagaan yang sama. Satu mentaliti yang masih orang kita tak dapat pecahkan adalah tentang berkongsi rezeki. Kita rasa perniagaan ini kita punya, tak boleh berkongsi sedangkan dalam berkongsi itu ada keberkatan.
    Berkongsi pengiklanan dapat mengurangkan kos anda dan dalam masa yang sama memberikan kualiti yang baik dalam memasarkan perkhidmatan anda berbanding anda buat seorang diri. Buat banner secara berjemaah, iklan bersama-sama di FB dan sebagainya. Menyertai Team Servispro juga sebahagian darinya. Penyertaan anda kedalam keluarga Servispro dalam masa yang sama meningkatkan pemasaran kepada semua tukang-tukang lain yang berdaftar. Servispro membuat pemasaran pada skala yang lebih besar untuk membantu tukang-tukang kecil mengiklankan perkhidmatan mereka dengan kos yang jauh lebih murah.

    5. BRANDING / JENAMA

    Cari orang untuk buatkan logo menarik & fikir slogan yang menarik untuk perniagaan anda. Ramai pelanggan mudah tertarik dengan logo & slogan yang menarik. Ia pasti mudah untuk diingati dan akan menjadikan perniagaan anda unik berbanding pesaing yang tidak mempunyai logo dan slogan.

    Anda juga boleh gunakan kenderaan peribada anda sebagai platfom untuk beriklan. Buat sticker logo dan tampalkan pada bahagian belakang & tepi kenderaan anda. Gunakan kata yang mudah untuk diingati, tulisan & nombor yang jelas agar mudah untuk dilihat. Jenama ini akan dibawa kemana sahaja anda pergi.


    Sudah Letak Bisnes Anda di Platform Digital Servis...
     

    Comments

    No comments made yet. Be the first to submit a comment
    Already Registered? Login Here
    Guest
    Friday, 05 March 2021
    If you'd like to register, please fill in the username, password and name fields.

    By accepting you will be accessing a service provided by a third-party external to https://servispro.my/

    Blog
    Protips
     [ 1 ] Memaksimumkan Kecekapan Aircond ⚡Fungsi penapis udara dalam aircond adalah untuk menangkap habuk dan zarah asing lain dalam udara.Bila penapis udara tu kotor dan tak di...
    2176 Hits
    Blog
    ​Antara perkara yang penting dalam sesuatu perniagaan adalah pengurusan kewangan. Perancangan, aliran wang keluar masuk, bukti aliran keluar wang, semua ini perlu diambil kira sepa...
    1808 Hits
    Blog
    Kuantan Renovation Wainscoting Bezcho Decor Kuantan Renovation  Enter an ...
    1208 Hits
    Blog
    Perniagaan
    Ekonomi Malaysia semakin mencabar, harga barang semakin mahal, kena cari pendapatan lebih untuk tampung ekonomi keluarga. Ramai mula ceburi bidang perniagaan kerana yakin dengan peluan...
    745 Hits
    Blog
    Protips
    Salah satu alasan yang selalu kita dengar kenapa ramai daripada kita tidak ada budaya untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik adalah kerana "sibuk". Pengurus syarikat sibuk...
    736 Hits
    Already have an account?  Sign in. By signing up, signing in or continuing, I agree to Servispro's Terms of Use and Privacy Policy.
      
    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.