fbpx
  • +6013-9526200
  • support@servispro.my

    Asas Pengurusan Kewangan

    ​Antara perkara yang penting dalam sesuatu perniagaan adalah pengurusan kewangan. Perancangan, aliran wang keluar masuk, bukti aliran keluar wang, semua ini perlu diambil kira sepanjang melakukan perniagaan. Seseorang pemilik perniagaan WAJIB ambil tahu tentang pengurusan wang sekalipun tugas ini digalas oleh perkerja bawahan.

    Bagi sesebuah syarikat yang kecil atau baru bermula, cukup untuk memahami perkara-perkara asas mengenai pengurusan kewangan supaya tidak timbul permasalahan di kemudian hari atau masalah dapat diselesaikan sebaiknya.


    1. Transaksi bank. 

    Perniagaan yang baik perlu ada transaksi antara syarikat dan bank. Setiap duit jualan perlu dimasukkan ke dalam akaun bank samada setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan mengikut keselesaan. Ini akan meningkatkan kepercayaan pihak bank terhadap syarikat.


    2. Guna akaun SEMASA syarikat, bukan akaun SIMPANAN peribadi.

    Setiap perniagaan perlu membuka akaun SEMASA, bukannya akaun SIMPANAN atau akaun SEMASA PERIBADI. Segala perbelanjaan dan simpanan syarikat perlu menggunakan akaun SEMASA. Ramai antara perniaga peniaga kecil yang mengunakan akaun SIMPANAN yang bersifat PERIBADI untuk menyimpan wang perniagaan. Akaun anda berkemungkinan akan di sekat untuk seketika waktu sekiranya terdapat lebih daripada 10 transaksi yang berlaku dalam sehari.


    3. 'Declare' pendapatan

    'Declare' pendapatan boleh dibuat di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 'Declare' pendapatan syarikat bukan bererti perlu bayar cukai. Ia bertujuan untuk mengesahkan aliran wang keluar masuk syarikat dari segi pendapatan, perbelanjaan, dan kos syarikat.


    4. Pemfailan dokumen

    Pemfailan setiap dokumen perbelanjaan syarikat adalah perlu sebagai bukti deklarasi pendapatan. Deklarasi pendapatan yang dibuat perlu disokong oleh dokumen-dokumen seperti berikut dan perlu berada dalam simpanan syarikat dalam tempoh masa 7 tahun.

    a. Baucar pembayaran (payment voucher)

    Setiap wang yang dikeluarkan daripada akaun syarikat perlu disertakan dengan baucar pembayaran bagi setiap transaksi dan dinyatakan tujuan pembayaran. Ia perlu disokong oleh inbois dan resit rasmi sebagai bukti transaksi. Baucar pembayaran secara tunai dan cek perlu diasingkan dan amaun haruslah sama seperti di dalam penyata bank.


    b. Petty cash

    Petty cash adalah sebahagian wang yang dikeluarkan daripada akaun bank untuk kegunaan harian. Setiap perbelanjaan daripada petty cash perlu direkodkan dan disimpan resit pembelian.


    c. Inbois (invoice)

    Inbois adalah dokumen yang dikeluarkan oleh penjual sebelum syarikat membuat pembayaran. Selepas pembayaran dibuat, inbois perlu disokong oleh resit sebagai bukti pembayaran telah dibuat.

    Apabila inbois dikeluarkan, urusan jual beli dikira telah berlaku dan perlu di diklarasi pada tahun semasa. Syarikat dikira berhutang selagi mana pembayaran belum dibuat.


    d. Penyata bank (bank statement)

    Penyata wang keluar masuk daripada akaun semasa syarikat. Penyata bank perlu disimpan dalam fail syarikat pada setiap bulan


    e. Penyata pendapatan

    Setiap pendapatan yang diperolehi mestilah disimpan penyata pendapatan dan direkodkan. Terdapat pendapatan yang dikenakan cukai dan ada juga yang tidak dikenakan cukai. Pendapatan yang dikenakan cukai adalah seperti jualan dan dividen manakala pendapatan ang tidak dikenakan cukai adalah seperti dana, sumbangan, deposit, dan pinjaman. Setiap perolehan atau keuntungan yang diperoleh daripada sesuatu perniagaan akan dikenakan cukai.


    Perkara-perkara di atas adalah asas kepada pengurusan kewangan. Apabila sesuatu perniagaan berkembang maju, terdapat banyak lagi perkara-perkara yang perlu dititikberatkan. Apa yang penting adalah apabila sesuatu syarikat menjana keuntungan dengan baik, wang tersebut haruslah diurus, dilindungi dan dilaburkan dengan baik.


    Anda rasa perkongsian ini bermanfaat? Kongsikan kepada rakan facebook anda.

    Senaraikan perkhidmatan bisnes di platform tukang ...
    Tidak ada masa untuk improve? Sibuk Sangat ni

    Related Posts

     

    Comments

    No comments made yet. Be the first to submit a comment
    Already Registered? Login Here
    Guest
    Wednesday, 20 November 2019
    If you'd like to register, please fill in the username, password and name fields.
    Blog
    ​Antara perkara yang penting dalam sesuatu perniagaan adalah pengurusan kewangan. Perancangan, aliran wang keluar masuk, bukti aliran keluar wang, semua ini perlu diambil kira sepa...
    224 Hits
    Perniagaan
      Pada tahun yang mencabar ini, ramai sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan untuk meningkatkan taraf kewangan. Tambahan dengan teknologi internet yang semakin berkembang pesat, rata-ra...
    185 Hits
    Protips
    Blog
    Salah satu alasan yang selalu kita dengar kenapa ramai daripada kita tidak ada budaya untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik adalah kerana "sibuk". Pengurus syarikat sibuk...
    164 Hits
    Protips
    Blog
     [ 1 ] Memaksimumkan Kecekapan Aircond ⚡Fungsi penapis udara dalam aircond adalah untuk menangkap habuk dan zarah asing lain dalam udara.Bila penapis udara tu kotor dan tak di...
    139 Hits
    Perniagaan
    Blog
    Keusahawanan pada hari ini bukanlah seperti mana yang kita tahu 10-20 tahun dulu. Ia telah berubah dengan sangat cepat,bersesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Jika dulu harg...
    127 Hits
    Already have an account?  Sign in. By signing up, signing in or continuing, I agree to Servispro's Terms of Use and Privacy Policy.
      
    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.