fbpx
  • +6013-9526200
  • support@servispro.my

    "ERM..BIASALAH ORANG MELAYU MENIAGA"

    Ekonomi Malaysia semakin mencabar, harga barang semakin mahal, kena cari pendapatan lebih untuk tampung ekonomi keluarga. Ramai mula ceburi bidang perniagaan kerana yakin dengan peluang rezki yg luas. Tp perlulah ada ilmu dan niat yg betul. Luangkan masa anda sebentar, Sy share beberapa coretan utk kita sama2 fikirkan dan manfaat pagi ni .

    1.Berniaga bukan tujuan nak kayakan diri sendiri.
    Ttp utk bantu seramai mana orang utk selesaikan masalah mereka. Percayalah, lebih byk kita bantu, lebih tenang dan happy hidup kita. Bila seronok, kita lebih senang bekerja dan tak tension. Perniagaan jd lebih efektif.

    2.Budaya kerja yg amanah & ikhlas.
    Biasa org Melayu meniaga. Perkataan yg biasa kita dengar. Inilah masa kita ubah. Jujur membuatkan org senang dengan kita. Erti hidup kita adalah utk MEMBERI. Fikir utk beri lebih. Senyum,layanan mesra, bersembang,kongsi tips, beri salam, tanya maklumbalas dan ucap terimakasih tidak mendatangkan apa2 kos tambahan kpd kita pun. Bila mereka happy, mereka akan INGAT dan share dengan ramai lagi orang. Ingat! Pelanggan tetap pelanggan, jgn cepat MELATAH & MARAH. Ramai org kita tak nampak ni...Kita cuma fikir byk mana masuk dalam poket hari ni.


     3.Kerja lebih Professional
    Banyak tukang yg kami jumpa kata," kami ni buat bisnes kecik2 je,jd tak daftar SSM walhal daftar cumalah RM70 shj. Apalagi nak register CIDB dan ikut kursus2,lagilah malas. Akaun syarikat dan tadbir urus dibuat sambil lewa. Duit bisnes duit akulah. Duit masuk sebulan pun xtahu brape. Sbb itulah bisnes xboleh berkembang, takat tu jela walau 5 tahun meniaga. Kemudian merungut dan salahkan pelanggan, ekonomi turun naik bagai.

    4. Support perniagaan rakan
    Minta kurang, " bagilah harga member", ini bukanlah perbuatan yang memberi semangat kepada rakan. Hargai usaha mereka dengan menyokong penuh perniagaan mereka. Bantu promote mereka di FB. Jangan selfish!


    5.Tambah Ilmu
    Upgrade Ilmu dalam apa jua bidang perniagaan kita utk bawa bisnes setapak kedepan atau bertapak2. Khasnya ilmu mengurus perniagaan. Dengan ada ilmu, cara berfikir dan lihat ttg sesuatu perkara akan berubah. Ini menyebabkan tindakan kita jg berubah. Lebih positif dan yakin. Takdelah memanjang nak salahkan takdir.

    6. Doa & Tawakkal
    Inilah beza jiwa kita. Usahawan perlu bergantung spenuhnya dengan Allah utk bantu guide setiap keputusan yg dibuat. Bila sesuatu yg tak diingini berlaku, kita tahu dia yg merancang, jd kita tak kecewa. Percayalah, kita manusia tak sempurna dan penuh dengan kelemahan, bergantung dan tawakkal pada Dia, Tuhan yang maha kaya, yg memberi rezki kepada sekalian alam.

     SIAPA DAPAT SESUATU PAGI NI, KOMEN " TERIMA KASIH"

    Coretan pagi
    Abdul Azim

    KENAPA PENAPIS UDARA AIRCOND PERLU DIBERSIHKAN DEN...
    Selamat Hari Merdeka yang ke-62

    Related Posts

     

    Comments

    No comments made yet. Be the first to submit a comment
    Already Registered? Login Here
    Guest
    Wednesday, 20 November 2019
    If you'd like to register, please fill in the username, password and name fields.
    Blog
    ​Antara perkara yang penting dalam sesuatu perniagaan adalah pengurusan kewangan. Perancangan, aliran wang keluar masuk, bukti aliran keluar wang, semua ini perlu diambil kira sepa...
    225 Hits
    Perniagaan
      Pada tahun yang mencabar ini, ramai sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan untuk meningkatkan taraf kewangan. Tambahan dengan teknologi internet yang semakin berkembang pesat, rata-ra...
    185 Hits
    Protips
    Blog
    Salah satu alasan yang selalu kita dengar kenapa ramai daripada kita tidak ada budaya untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik adalah kerana "sibuk". Pengurus syarikat sibuk...
    165 Hits
    Protips
    Blog
     [ 1 ] Memaksimumkan Kecekapan Aircond ⚡Fungsi penapis udara dalam aircond adalah untuk menangkap habuk dan zarah asing lain dalam udara.Bila penapis udara tu kotor dan tak di...
    139 Hits
    Perniagaan
    Blog
    Keusahawanan pada hari ini bukanlah seperti mana yang kita tahu 10-20 tahun dulu. Ia telah berubah dengan sangat cepat,bersesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Jika dulu harg...
    127 Hits
    Already have an account?  Sign in. By signing up, signing in or continuing, I agree to Servispro's Terms of Use and Privacy Policy.
      
    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.