fbpx
  • +6013-9526200
  • support@servispro.my

    Keusahawan Sosial

    Keusahawanan pada hari ini bukanlah seperti mana yang kita tahu 10-20 tahun dulu. Ia telah berubah dengan sangat cepat,bersesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Jika dulu harga barang ditentukan oleh penjual, kini tidak lagi.Dengan kehadiran teknologi internet,pengguna mempunyai kuasa menentukan harga, dengan siapa dan bagaimana hendak membeli. Model perniagaan lama, mempunyai cabaran hebat jika tidak mengikuti trend semasa yang berubah pantas.Penjual/servis kini boleh beroperasi dari mana sahaja tanpa mengenal tempat samada jauh atau dekat. Semuanya menerusi internet dengan pelbagai platform hebat dan canggih.Pengguna pula boleh membeli-belah, membuat tempahan bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu siang atau malam dengan hanya menggunakan telefon bimbit sahaja. Justeru, diamana letaknya perniagaan kita hari ini? Masih cara lama?


    Hari ini kita mendengar istilah keusahawan sosial. Ia satu bentuk perniagaan yang mempunyai misi sosial dengan tidak mengesampingkan keuntungan syarikat. Social Enterprise atau SE ini kian mendapat tempat dan menjadi trend model perniagaan yang tidak kurang hebat. Apa itu SE?

    Adakah perniagaan kita memberi impak yang positif kepada sosial,alam sekitar dan keuntungan syarikat? Atau keuntungan itu hanya untuk diri dan bisnes sendiri semata-mata?

    Kajian Kes : Dari Sisa Makanan kepada Makanan Sihat
    Sebuah syarikat menggunakan konsep " Food Waste Partnership" dimana mereka bekerjasama dengan hotel dan restoran untuk mendapatkan sisa-sisa makanan setiap hari untuk dijadikan kompos.Hampir 3 tan sisa makanan dijadikan kompos setiap hari. Baja kompos ini kemudiannya digunakan untuk menanam sayuran-sayuran tanpa menggunakan baja kimia. Sayur organik yang sihat tanpa bahan kimia dihasilkan dan dikongsikan dengan penghuni-penghuni rumah kebajikan, orang tua dan keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan operasi mereka. Selebihnya dibekalkan kembali kepada hotel,restoran,pasaraya untuk menyajikan makanan sihat dan berkhasiat kepada masyarakat, bebas racun. Ini pasti dapat mengurangkan penyakit-penyakit kronik hasil dari makan makanan yang tidak sihat atau beracun.

    Lihat model perniagaan ini,hebat bukan? Menitik beratkan alam sekitar, menyediakan makanan sihat untuk kesihatan masyarakat dan masih lagi membuat keuntungan untuk syarikat mereka untuk meneruskan agenda sosial mereka. Bukanlah untuk memenuhi kantung sendiri sahaja.

    Sudah tibanya, masyarakat kita berubah kearah perniagaan lestari sebegini.Dalam keseronokan mendapat keuntungan, tidak dikesampingkan mereka yang memerlukan manfaat. Manusia yang baik adalah yang banyak memberi manfaat kepada yang lain. Perlu difikirkan bagaimana perniagaan kita dapat memberi manfaat pada masyarakat dan alam sekitar. Tidak kiralah apa jenis perniagaan yang kita ceburi, pasti ada jalannya untuk menambah manfaat dalam hidup orang lain. Amacam, Berminat ke dengan model perniagaan SE ni?

    Masterclass SE oleh MaGIC
    Mengurus Pelanggan

    Related Posts

     

    Comments

    No comments made yet. Be the first to submit a comment
    Already Registered? Login Here
    Guest
    Friday, 20 September 2019
    If you'd like to register, please fill in the username, password and name fields.
    Perniagaan
      Pada tahun yang mencabar ini, ramai sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan untuk meningkatkan taraf kewangan. Tambahan dengan teknologi internet yang semakin berkembang pesat, rata-ra...
    146 Hits
    Perniagaan
    Blog
    Keusahawanan pada hari ini bukanlah seperti mana yang kita tahu 10-20 tahun dulu. Ia telah berubah dengan sangat cepat,bersesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Jika dulu harg...
    65 Hits
    Protips
    Blog
    Salah satu alasan yang selalu kita dengar kenapa ramai daripada kita tidak ada budaya untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik adalah kerana "sibuk". Pengurus syarikat sibuk...
    61 Hits
    Blog
    ​Antara perkara yang penting dalam sesuatu perniagaan adalah pengurusan kewangan. Perancangan, aliran wang keluar masuk, bukti aliran keluar wang, semua ini perlu diambil kira sepa...
    47 Hits
    Perniagaan
    Blog
    Memperolehi pelanggan baru adalah mencabar. Bagaimana mengekalkan pelanggan sediada?Tips yang akan dikongsikan ini mungkin tidak menjadi amalan kebanyakkan daripada tukang/kontraktor. Namun ia adalah ...
    44 Hits
    Already have an account?  Sign in. By signing up, signing in or continuing, I agree to Servispro's Terms of Use and Privacy Policy.
      
    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.