• +6013-9526200
  • support@servispro.my

    Masterclass SE oleh MaGIC

    Hari ini kami mengambil kesempatan untuk menghadiri sebuah kelas. Ia dianjurkan oleh Angkatan Belia Malayia (ABM) dengan kerjasama maGIC.
    MaGIC adalah sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang bertanggungjawab memacu dan melahirkan usahawan-usahawan di Malaysia dengan menyediakan pelbagai program seperti Mentoring, Bootcamp dan sebagainya.

    Didalam Masterclass 1 hari ni, didedahkan tentang bagaimana model perniagaan Social Enterprise (SE) ini boleh dijadikan sebagai satu model pilihan untuk sesiapa sahaja menceburi bidang perniagaan, tidak kiralah apa jenis sekalipun. Sesi berlangsung dengan santai dengan beberapa aktiviti berkumpulan dijalankan untuk memberikan kefahaman tentang bagaimana aplikasi model perniagaan ini.

    Kelas Masterclass ini adalah merupakan kelas yang pertama dianjurkan oleh ABM dan MaGIC di Pahang. Diharapkan akan banyak lagi siri-siri kelas seperti ini dapat dilaksanakan kelak. Disebelah pagi ,setelah tamat sesi ice-breaking kami didedahkan tentang MaGIC oleh Program Director masSIV, Puan Yasmin Rashid. MaGIC mempunyai pelbagai program menarik yang dapat membantu usahawan mevalidasi idea mereka, mengembangkan dan juga mendapat tunjuk ajar daripada mentor-mentor yang berpengalaman dalam bidang perniagaan.

    Dikesempatan ini, kami juga mengambil peluang untuk berkongsi idea tentang platform yang dibangunkan iaitu Servispro. Bagaimana boleh dikembangkan dan membantu usahawan dari golongan tukang/kontraktor untuk bekerja dengan lebih baik, professional dan sistematik melalui sistem/platform yang diwujudkan. Alhamdulillah menerima respons yang baik, tetapi perlu banyak penambahbaikan yang perlu dibuat dari masa kesemasa untuk memastikan model perniagaan ini terus kekal mapan. Kami juga melihat peluang-peluang yang boleh digarap dengan bantuan MaGIC untuk membawa Platorm Servispro setapak maju kehadapan dan dapat memberi manfaat kepada ribuan pengguna online kelak.

    ​Sebagai pengakhiran program, diadakan kuiz bagi menguji pemahaman peserta yang hadir, alhamdulillah terpilih sebagai top 5 dan menerima hadiah daripada pihak MaGIC. Walaupun kecil, tetapi sumbangan hadiah ini harus dilihat sebagai kejayaan kecil yang harus diraikan untuk hari ini. 

    Success is a series of small wins

    by Jaime Tardy

    Mudahan daripada program ini, dapat disampai dan diaplikasikan dalam pelbagai bidang yang akan diceburi dalam masa-masa akan datang kepada lebih ramai orang. Sejujurnya ia selari dengan minat saya yang selama ini mendalami pertanian alami seperti konsep pertanian permaculture. Memberi manfaat kepada komuniti dengan mempunyai business model yang mapan adalah kunci kepada banyak perniagaan maju hari ini. 

    Tak Mendaftar kerana berniaga kecil-kecil
    Keusahawan Sosial

    Related Posts

    By accepting you will be accessing a service provided by a third-party external to https://servispro.my/

    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.