fbpx
  • +6013-9526200
  • support@servispro.my
    Featured 

    Tips Perniagaan: Memulakan onlinekan bisnes

     

     

    Pada tahun yang mencabar ini, ramai sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan untuk meningkatkan taraf kewangan. Tambahan dengan teknologi internet yang semakin berkembang pesat, rata-rata telah mula nampak akan potensi untuk berniaga secara 'online'.

    Facebook telah menjadi medium yang utama untuk berniaga terutama untuk mereka yang baru bermula. Namun, pada hari ini begitu ramai peniaga telah bertapak di dalam facebook, yang mana pada suatu masa dahulu merupakan satu platform untuk bersosial. Pengguna pada hari ini telah bijak menilai antara 'post', artikel dan iklan di dalam facebook dan rata-rata telah mula muak dengan iklan yang begitu 'menjual'.

    Anda perlu bijak melihat trend masa kini, bagaimana proses jual beli boleh berlaku pada sesuatu individu. Ini dinamakan sebagai 'customer journey'. seseorang akan melalui beberapa fasa atau peringkat sebelum pada akhirnya mereka akan membuat pembelian. Anda perlu mengatur 'journey' kepada bakal pelanggan mereka daripada mula sehingga mereka membeli dengan anda.

     

    CUSTOMER JOURNEY

    1.Awareness

    2.Research

    3.Option

    4.Promotion

    5.Step back

    6.Validate

    7.Purchase

    8.Evaluate

    9.Status Quo

     

    Dalam artikel ni, saya nk sentuh satu perkara yang PATUT berlaku sebelum 'customer journey' samada secara online atau offline. iaitu KOLAM PROSPEK. Kolam prospek ni kita boleh bahagikan kepada dua, saya namakan; BUATAN SENDIRI atau BUATAN ORANG LAIN.

    Secara analoginya, sebelum memancing, seorang pemancing perlu tahu lubuk ikan yang mana terdapat banyak ikan. antara lubuk ikan adalah,

     

    1. Tasik, sungai dan laut

    Di sini terdapat banyak spesis ikan, dan mempunyai beberapa tempat yang menjadi tumpuan ikan-ikan tertentu berkumpul yang kita panggil LUBUK

     

    2. Kolam memancing buatan, (buatan orang lain)

    Banyak dan pelbagai spesis ikan dilepaskan. Ada bersaiz kecil, bersaiz besar dan sebagainya

     

    3. Bina kolam sendiri dan ternak ikan (buatan sendiri)

     

    PERSOALAN nya adalah, sekiranya pemancing inginkan ikan siakap, DIMANA dia seharusnya memancing?

     

    Ada beberapa strategi boleh dilakukan,

     

    1. mencari lubuk ikan kerapu di laut. Peratusan untuk dapat ikan kerapu tinggi tapi juga kebarangkalian untuk dapat ikan lain.
    2. bina kolam. dan lepaskan benih ikan kerapu. Peratusan untuk dapat ikan kerapu adalah sangat tinggi. tetapi perlu dibelai, dijaga dan perlukan masa untuk ikan kerapu membesar sebelum boleh dipancing.

     

    Bagaimana nak kaitkan dengan perniagaan di online?

     

    Anda harus tau dimana prospek anda berada. ini kita panggil lubuk atau KOLAM PROSPEK.

     

    1. Kolam prospek buatan sendiri

        Kolam prospek ini anda bina sendri, dan anda perlu tarik prospek2 anda untuk ke kolam anda.dan prospek yang anda tarik perlulah      mempunyai minat terhadap barang seperti yang anda jual. Sebagai contoh, di Facebook, anda bina 'page' untuk bisnes anda dan anda perlu tarik penggunjung Facebook untuk ke page anda dan like page anda. Sekiranya anda menjual barangan kesihatan, anda perlu setting Fb Ads supaya target kepada orang yang minat terhadap barangan kesihatan. Anda perlu jaga, belai prospek anda di page sebelum anda boleh membuat jualan. 

     

    So, Facebook menyediakan LEADS yang sangat banyak. Anda perlu memilih leads dan tarik mereka ke page anda untuk dijadikan PROSPEK. Entertain prospek anda, bagi mereka tips, freegift dan sbagainya untuk jadikan mereka sebagai CUSTOMER dan buat SALES dengan anda.

      

     

    1. Kolam prospek buatan orang lain

    Kolam jenis ini di buat oleh orang lain dan anda perlu berada di dalam untuk mendapatkan prospek anda. Contoh; Fb group. Untuk produk fizikal; lazada, ebay, amazon, ecommerce. Untuk servis baiki rumah; Servispro.

    Kolam jenis ni ada PANTANG LARANG yang mana anda perlu ikut rules yang telah ditetapkan oleh pemiliknya supaya kredibiliti kolam terjaga. Kolam jenis ini boleh jadi sangat targeted mengikut kepada niche bisnes.

    Bila anda dah berada di dalam kolam ini, anda perlu membuat MARKETING supaya anda KELIHATAN oleh prospek anda.

     

     

     

    Bagaimana?

    Belajar sesuatu?

    Untuk mereka yang buat bisnes servis kerosakan rumah, Servispro adalah platform yang fresh untuk anda.

    Dalam artikel lain, saya kongsikan apa beza ecommerce seperti lazada, ebay dan sebagainya dengan Servispro supaya anda lebih jelas apa itu Servispro.

     
    Mengurus Pelanggan

    Related Posts

     

    Comments

    No comments made yet. Be the first to submit a comment
    Already Registered? Login Here
    Guest
    Friday, 20 September 2019
    If you'd like to register, please fill in the username, password and name fields.
    Perniagaan
      Pada tahun yang mencabar ini, ramai sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan untuk meningkatkan taraf kewangan. Tambahan dengan teknologi internet yang semakin berkembang pesat, rata-ra...
    146 Hits
    Perniagaan
    Blog
    Keusahawanan pada hari ini bukanlah seperti mana yang kita tahu 10-20 tahun dulu. Ia telah berubah dengan sangat cepat,bersesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Jika dulu harg...
    66 Hits
    Protips
    Blog
    Salah satu alasan yang selalu kita dengar kenapa ramai daripada kita tidak ada budaya untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik adalah kerana "sibuk". Pengurus syarikat sibuk...
    61 Hits
    Blog
    ​Antara perkara yang penting dalam sesuatu perniagaan adalah pengurusan kewangan. Perancangan, aliran wang keluar masuk, bukti aliran keluar wang, semua ini perlu diambil kira sepa...
    47 Hits
    Perniagaan
    Blog
    Memperolehi pelanggan baru adalah mencabar. Bagaimana mengekalkan pelanggan sediada?Tips yang akan dikongsikan ini mungkin tidak menjadi amalan kebanyakkan daripada tukang/kontraktor. Namun ia adalah ...
    44 Hits
    Already have an account?  Sign in. By signing up, signing in or continuing, I agree to Servispro's Terms of Use and Privacy Policy.
      
    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.