fbpx
  • +6013-9526200
  • support@servispro.my
    Featured 

    Mengurus Pelanggan

    Memperolehi pelanggan baru adalah mencabar. Bagaimana mengekalkan pelanggan sediada?

    painter and customerTips yang akan dikongsikan ini mungkin tidak menjadi amalan kebanyakkan daripada tukang/kontraktor. Namun ia adalah peluang yang harus digunakan untuk memulakan sesuatu yang baik.

    Anda mesti sudah melabur banyak masa dan wang untuk beriklan dalam usaha mendapatkan pelanggan baru. Ya, mendapatkan pelanggan baru sangat penting, tetapi harus diingat, menjaga pelanggan sediada sama pentingnya malah harus menjadi keutamaan. Ia adalah kunci kejayaan sesebuah bisnes.Lihat sahaja perniagaan besar yang berjaya, kerana mereka mempunyai pelanggan setia yang luar biasa. Apple? Google?

    Meningkatkan perhubungan yang sihat agar tahan lama dengan pelanggan sediaada adalah lebih mudah berbanding mencari pelanggan baru. Ia tidaklah susah dan kurang tertekan kepada anda dan kos yang sangat efektif. Berikut adalah lima cara yang anda  boleh lakukan untuk bekerja dengan lebih baik dengan pelanggan agar mereka menjadi pelanggan setia kepada anda. Try buat dan lihatlah hasilnya.

    Membina komunikasi yang jelas dan terbuka

    Komunikasi antara tukang/kontraktor dan pelanggan mereka adalah salah satu bahagian yang paling penting bagi setiap projek. Kemungkinan, pemilik rumah akan mempunyai idea yang agak spesifik tentang bagaimana mereka mahu sesuatu projek, dan tukang/kontraktor juga akan mempunyai idea untuk melaksanakan idea pelanggan. Membangunkan persekitaran di mana komunikasi antara pemilik rumah dan kontraktor lebih terbuka, jelas, dan jujur amat penting. Jelaskan semua aspek projek supaya semua kehendak pelanggan dipenuhi dengan baik. Kejujuran akan membuatkan mereka kembali kepada anda kelak.

    Dengar dan ambil nota

    Komunikasi perlu bagus, tetapi memberi perhatian kepada penyimpanan rekod itu lebih penting. Sebaik sahaja keputusan dibuat mengenai projek pengubahsuaian, ia perlu direkodkan dengan baik. Pelanggan dan kontraktor adalah orang yang sibuk, dan beberapa projek boleh mengambil masa yang lama. Fokus kepada pelanggan, dengar saranan dan idea mereka, dan tuliskannya. Mengekalkan rekod terperinci tentang apa yang dibincangkan mungkin kelihatan seperti susah, tetapi ia benar-benar dapat membantu menjelaskan banyak perkara yang mungkin akan timbul nanti. 

    Hormat & Respek

    Apabila melakukan sesuatu kerja, kontraktor dan tukang pasti akan mengupah/membawa pekerja-pekerja masuk ke kediaman/premis untuk melaksanakan kerja. Perkara ini perlu diberi perhatian serius, sesiapa yang masuk ke rumah pelanggan - dari pekerja hingga subkontraktor atau kontraktor itu sendiri - harus berkelakuan secara profesional. Misalnya, kontraktor/pekerja mereka merokok sambil melaksakan tugas. Hormati tuan rumah, mereka mungkin tidak merokok atau mungkin ada anak-anak mereka disekeliling yang memerhati anda bekerja. Hormat dan respek tuan rumah, pasti mereka akan memanggil anda lagi.

    Jangan terlebih janji

    Banyak kontraktor  berfikir bahawa mereka adalah yang terbaik dalam apa yang mereka lakukan. Namun,ini tidaklah bermakna setiap kontraktor mampu melaksanakan semua kehendak pelanggan. Sebagai contoh, pelanggan mesti mempunyai  idea-idea canggih hebat untuk kerja pengubahsuaian dari rancangan TV atau artikel majalah. Jika seorang kontraktor mengatakan ya kepada semua idea-idea itu tanpa mengambil kira kemahiran team mereka, mereka sebenarnya akan menjerumuskan diri untuk kedalam satu masalah. Kontraktor/Tukang perlu realistik, jangan fikir nak kerja kerana hendak untung sahaja. Beritahu perkara sebenarnya apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mengikut kemahiran anda.

     

    Follow-up pelanggan

    Kontraktor/Tukang perlu menjadualkan masa mereka untuk follow-up pelanggan setelah kerja/projek selesai. Ini memberi gambaran kepada pelanggan bahawa kontraktor ini sangat tanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan oleh syarikat mereka. Ini juga merupakan masa yang terbaik untuk menilai sejauh mana anda dapat melaksanakan tugasan dengan baik sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum projek bermula pada peringkat awal. Jika pelanggan gembira dengan kerja kontraktor dalam projek pertama mereka, mereka pasti tidak teragak untuk memperkenalkan anda kepada rakan mereka atau memanggil anda lagi untuk bekerja.

    Keusahawan Sosial
    Tips Perniagaan: Memulakan onlinekan bisnes

    Related Posts

     

    Comments

    No comments made yet. Be the first to submit a comment
    Already Registered? Login Here
    Guest
    Wednesday, 20 November 2019
    If you'd like to register, please fill in the username, password and name fields.
    Blog
    ​Antara perkara yang penting dalam sesuatu perniagaan adalah pengurusan kewangan. Perancangan, aliran wang keluar masuk, bukti aliran keluar wang, semua ini perlu diambil kira sepa...
    224 Hits
    Perniagaan
      Pada tahun yang mencabar ini, ramai sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan untuk meningkatkan taraf kewangan. Tambahan dengan teknologi internet yang semakin berkembang pesat, rata-ra...
    185 Hits
    Protips
    Blog
    Salah satu alasan yang selalu kita dengar kenapa ramai daripada kita tidak ada budaya untuk memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik adalah kerana "sibuk". Pengurus syarikat sibuk...
    164 Hits
    Protips
    Blog
     [ 1 ] Memaksimumkan Kecekapan Aircond ⚡Fungsi penapis udara dalam aircond adalah untuk menangkap habuk dan zarah asing lain dalam udara.Bila penapis udara tu kotor dan tak di...
    139 Hits
    Perniagaan
    Blog
    Keusahawanan pada hari ini bukanlah seperti mana yang kita tahu 10-20 tahun dulu. Ia telah berubah dengan sangat cepat,bersesuai dengan keadaan dan keperluan semasa. Jika dulu harg...
    127 Hits
    Already have an account?  Sign in. By signing up, signing in or continuing, I agree to Servispro's Terms of Use and Privacy Policy.
      
    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.