Dengan keadaan ekonomi yang kian meruncing saban tahun ,kini sudah ramai yang mula beralih arah kepada bidang perniagaan. Tidak dinafikan perniagaan mempunyai peluang yang jauh lebih besar jika kena pada caranya. Sebelum mula berniaga, pastikan kita mendaftarkan perniagaan, agar sah disisi undang-undang. Ada juga yang sudah lama berniaga, tapi masih lagi tidak mendaftar dengan alasan, mereka Cuma membuat perniagaan kecil-kecilan atau sebagai tukang kampung sahaja.
Sekecil manapun bisnes kita, asalkan ia dilakukan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan di dalam negara Malaysia, secara automatic kita termaktub kepada peraturan untuk mewajibkan kita mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) agar ia menjadi perniagaan yang sah dan diiktiraf.
Kalau nak buat, buat betul-betul, kalau tak, baik tak payah buat
Kata Semangat
Saya tiada kedai kerana berniaga secara Online
Walaupun perniagaan tidak mempunyai premis, anda masih tetap perlu mendaftar kerana banyak manfaat lain. Antaranya:
Bagaimana nak daftar?
Perniagaan boleh didaftarkan dimana-mana cawangan SSM selewat-lewatnya 30 hari dari tarikh berniagaan. Jikalau telah berniaga tetapi belum daftar, anda haruslah bersegera sebelum sebarang tindakan diambil, dan jika didapati bersalah, anda berkemungkinan bakal didenda dengan jumlah yang sangat besar iaitu tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksima 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Apa kelebihan mendaftar di SSM?
Pendaftaran tak lama pun, siap tak sampai sejam dan bayaran pun RM70 sahaja
Nak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih. Buatlah perniagaan betul-betul dan terus maju. Daftar hari ini, info lanjut di www.ssm.com.my
By accepting you will be accessing a service provided by a third-party external to https://servispro.my/
Mahukan artikel anda dipaparkan di Servispro? Kongsikan tips, idea dan cadangan anda bersama pembaca Servispro.my. Hantarkan emel beserta gambar di admin@servispro.my