• +6013-9526200
  • support@servispro.my

    Tukang Alaf Baru

    Jumlah angka jagkitan Covid-19 kini semakin hari semakin meningkat dan amat merungsingkan. Selain daripada risau akan jangkitan yang sangat mudah, ia juga merencatkan ekonomi dan menjejaskan sumber pendapatan ramai orang. Kegiatan ekonomi dan pergerakan yang terhad membuatkan ramai kita menjadi buntu. 

    Sektor perkhidmatan antara yang terjejas.Namun kita harus bersedia menerima hakikat, inilah norma baharu yang perlu kita tempuhi. Menunggu pandemik ini tamat tanpa membuat apa-apa inovasi dan langkah proaktif dalam perniagaan kita akan membuatkan perniagaan kita terus ketinggalan kebelakang.

    Sejak Mac 2020, banyak perniagaan telah mengambil langkah untuk beralih ke platform digital. Malah ramai yang mulai merai pulangan yang berlipat kali ganda daripada platform digital. Banyak kos dapat dikurangkan dan produk dapat dipasarkan dengan lebih meluas. Bagaimanapula perniagaan yang berteraskan perkhidmatan? Macam tukang paip, kayu, tukang buat besi, pagar, rumah dan sebagainya? Mana boleh buat online. Inilah yang sepatut kita fikirkan. Disebalik krisis mesti terdapat peluang yang dapat kita gunakan.

    Platform Digital - Platform Pemasaran

    Pandemik mengajar kita supaya berani berubah mendepani krisis. Platform digital dapat di akses setiap saat. Bagi tukang-tukang, ramai dikalangan mereka masih lagi menganggap internet tidak begitu penting kerana kerja mereka lebih kepada fizikal. Mungkin juga kerana berfikiran memerlukan modal yang besar untuk membina website dan membayar iklan online. Kini semua orang mencari tukang menggunakan internet dan google. Mereka yang berniaga tetapi tidak dijumpai di internet, seolah tidak wujud juga di dunia nyata. Servispro adalah platform digital mudah yang dibina untuk membantu tukang di alaf baru ini. Tukang-tukang atau kontraktor hanya perlu menyenaraikan maklumat ringkas, gambar-gambar, dan menerangkan kepakaran mereka untuk meyakinkan pelanggan.

    Sudah Letak Bisnes Anda di Platform Digital Servis...
    Wainscoting Design Kuantan

    By accepting you will be accessing a service provided by a third-party external to https://servispro.my/

    © 2019 Servispro Network (CA0286305-T) . All Rights Reserved.